MELAKA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga dikatakan menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pertemuan antara pengetua dengan pengarah JPN itu bagi mendapatkan pencerahan dan penjelasan berkaitan kes berkenaan.
Menurutnya, beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung kes itu kerana ia masih dalam siasatan pihak polis selain dikhuatiri akan mengganggu emosi keluarga mangsa yang masih bersedih kehilangan ahli keluarga.
Katanya, walau apa pun dalam isu ini kanak-kanak terbabit bukanlah meninggal dunia kerana dibuli.
"Buli itu adalah elemen yang kedua, maka sebab itu kita tengah buat siasatan... kita tengah kumpul maklumat bukan sahaja di peringkat polis tetapi juga di peringkat Jabatan.
"Kita akan semak, kita akan kaji segala kebarangkalian," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
BACA: Adik maut dicekik: Abang mangsa buli di asrama
Tambah beliau, untuk mengaitkan kejadian tersebut dengan isu buli bukan satu yang mudah dan ia perlu dibuktikan.
"Yang kedua, adakah dibuli yang menyebabkan dia mengalami gangguan mental atau ada sebab-sebab lain," katanya lagi.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu di sini, pada Rabu.
Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani, 31, berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung daripada empat beradik itu mencekik adiknya.
Sementara itu bapa mangsa, Najli Yakob, 42, mendakwa kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu.
Dia yang bekerja sebagai tukang urut, mendakwa anaknya sebelum ini pernah memberitahu dibuli dan percaya kesan perbuatan tersebut telah menyebabkan dia mengalami trauma hinggakan sering meracau sebelum berakhir dengan tragedi itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
Bapa mangsa, Najli Yakob (gambar, kiri) mendakwa kelakuan remaja terbabit berubah selepas didakwa menjadi mangsa buli di asrama sejak tahun lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Remaja cekik adik hingga maut, dihantar ke Hospital Permai
Tertuduh yang juga pelajar tingkatan dua dipercayai mencekik adiknya yang berusia sembilan tahun di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu.
Remaja cekik adik: Pengetua sekolah dipanggil beri keterangan
JPN Melaka telah memanggil pengetua sekolah yang didakwa berlaku kes buli hingga menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mencekik adiknya hingga mati.
Tindakan tegas kepada sekolah sembunyi kes buli
Pihak sekolah terutama sekolah berasrama di negeri ini digesa tidak menyembunyikan sebarang insiden atau kes buli termasuk penderaan dalam kalangan pelajar.
Cekik adik dan tolak ibu, buruh dipenjara 4 tahun
Seorang buruh dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu hari ini, atas pertuduhan mencekik dan memukul adik perempuan serta menolak ibunya, 8 Disember lalu.